Tuesday, July 8, 2014

RENDANG REMPAH


RENDANG REMPAH ONIE
bahan:
1 kg daging dipotong kiub dan bersihkan
5 batang serai dititik
1 bungkus rempah rendang - gaul dgn daging
2 helai daun kunyit dihiris halus
Secawan minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1/2 keping Gula anau@gula kabung
1 kg santan pekat
1 bekas kecil kerisik

*bahan untuk mesen
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Segenggan Cili kering rendam dulu
Cili api secukup pedas

CARA
1. panaskan minyak, tumis serai dan bahan mesen.
2. Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan daging dan rempah. Kacau sebati. Masukkan gula anau.
4. Masukkan santan, selalu kacau dan kena jaga sebab mudah lekat.
5. Dekat nak kering, masukkan kerisik, dan daun kunyit.
6. Bila dah terbit minyak dan daun kunyit dan layu, tutup api dan hidangkanlah.

Rempah rendang yang Onie gunakan

Ni dia rupa rendang rempah Onie

No comments:

Post a Comment

SANDWISH TELUR_ONIE

BAHAN-BAHAN Roti sandwish (Onie x suka guna gardenia sebab tebal..x sedap) butter  sapu pada roti 5 biji telur rebus  lecek kasar 2-...