Wednesday, July 9, 2014

MEE REBUS style ONIE

Mee Rebus

BAHAN A
1kg mee kuning, cuci dgn air paip sikit, toskan dan celur dgn air panas - ketepikan
Tauge - celur, tos, ketepikan
3 keping tauhu - goreng, potong kiub, ketepikan
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng
4 bihi telur, rebus
3 tangkai cili hijau, mayang, ketepikan
Kacang tanah, sangrai, mesen, ketepikan
Limau kasturi

BAHAN TUMIS/REMPAH
1 kayu manis
4 pelaga
4 bunga cengkih
2 bunga lawang
1 bungkus rempah kari daging
Cili mesen
7 ulas bawang merah, mesen
2 biji bawang besar, mesen
3 ulas bawang putih, mesen
1 keping gula anau@gula kabung
Segenggam udang kering, rendam, mesen
1/2cawan taucu, mesen
1 in halia
1 in lengkuas
Sebiji keledek, rebus, lecek
Daging tetel atau tulang
Sedikit air asam jawa
(3 sudu tepung gandum dibancuh dengan air, masukkan dlm kuah, tujuan utk pekatkan kuah)

CARA
1. Panaskan minyak. Tumis 4 rempah sekawan. Masukkan cili boh dan goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah kari, goreng lagi hingga garing dengan api kecil.
3. Masuk daging tetel atau tulang, masukkanair agak banyak, rebus hingga empuk. Boleh juga guna pressure cooker dan masukkan dlm rempah.
4. Masukkan keledek lecek, taucu. Jangan lupa gula anau. Bila gula dah hancur, perasakan garam, manis dan jangan lupa masukkan asam jawa yang cukup.
5. Rebus kuah hingga agak pekat.
6. Bolehlah gidang dgn bahan A.

No comments:

Post a Comment

SANDWISH TELUR_ONIE

BAHAN-BAHAN Roti sandwish (Onie x suka guna gardenia sebab tebal..x sedap) butter  sapu pada roti 5 biji telur rebus  lecek kasar 2-...