Wednesday, July 9, 2014

GULAI UDANG VS JERING CAMBAH

GULAI UDANG SEBELANGO DGN JORING style Onie
Bahan
1kg udang, bersuhkan
7 keping jering cambah, buang kulir, rebus hingga lembut, ketuk sikit hingga pecah, jgn hancur pulak
Segenggam cili api, mesen
Sedikit kunyit serbuk
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
Garam secukupnya
1 mangkuk santan cair, jadikan air untuk mesen cili api

CARA
1. Masukkan santan dan cili api, kunyit yang dah dimesen bersama ke dlm periuk, jerangkan.
2. Masuk jering dan masak sedikit hingga mesra.
3. Masukkan udang dan asam keping. Jgn masak lama sangat udang tu, x sedap, akn keras.
4. Masukkan santan pekat, kacau hingga sekata. Bila kuah dah masak, tutup api dan hidangkan.


MEE REBUS style ONIE

Mee Rebus

BAHAN A
1kg mee kuning, cuci dgn air paip sikit, toskan dan celur dgn air panas - ketepikan
Tauge - celur, tos, ketepikan
3 keping tauhu - goreng, potong kiub, ketepikan
Daun sup - hiris halus
Bawang goreng
4 bihi telur, rebus
3 tangkai cili hijau, mayang, ketepikan
Kacang tanah, sangrai, mesen, ketepikan
Limau kasturi

BAHAN TUMIS/REMPAH
1 kayu manis
4 pelaga
4 bunga cengkih
2 bunga lawang
1 bungkus rempah kari daging
Cili mesen
7 ulas bawang merah, mesen
2 biji bawang besar, mesen
3 ulas bawang putih, mesen
1 keping gula anau@gula kabung
Segenggam udang kering, rendam, mesen
1/2cawan taucu, mesen
1 in halia
1 in lengkuas
Sebiji keledek, rebus, lecek
Daging tetel atau tulang
Sedikit air asam jawa
(3 sudu tepung gandum dibancuh dengan air, masukkan dlm kuah, tujuan utk pekatkan kuah)

CARA
1. Panaskan minyak. Tumis 4 rempah sekawan. Masukkan cili boh dan goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah kari, goreng lagi hingga garing dengan api kecil.
3. Masuk daging tetel atau tulang, masukkanair agak banyak, rebus hingga empuk. Boleh juga guna pressure cooker dan masukkan dlm rempah.
4. Masukkan keledek lecek, taucu. Jangan lupa gula anau. Bila gula dah hancur, perasakan garam, manis dan jangan lupa masukkan asam jawa yang cukup.
5. Rebus kuah hingga agak pekat.
6. Bolehlah gidang dgn bahan A.

SAMBAL SOTONG

Sambal Sotong Style Onie

Bahan-bahan:
600gm sotong basah, bersih dan potong ikut suka
Segenggam cili kering, rebus dan mesen halus
Segenggam cili api, mesen
4 ulas bawang merah, mesen
2 ulas bawang putih, mesen
2 labu bawang besar, mayang
Sedikit air asam jawa
Sedikit madu
Garam secukup rasa
Secawan minyak

CARA
1. Panaskan minyak. Tumis bahan mesen sampai garing.
2. Masukkan sotong dan air asam jawa.
3. Kacau sebati, masukkan bawang besar dan garam serta madu.
4. Masak hingga sambal agak pekat dengan api perlahan.
5. Hidang dengan nasi panas.

Tuesday, July 8, 2014

RENDANG REMPAH


RENDANG REMPAH ONIE
bahan:
1 kg daging dipotong kiub dan bersihkan
5 batang serai dititik
1 bungkus rempah rendang - gaul dgn daging
2 helai daun kunyit dihiris halus
Secawan minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1/2 keping Gula anau@gula kabung
1 kg santan pekat
1 bekas kecil kerisik

*bahan untuk mesen
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Segenggan Cili kering rendam dulu
Cili api secukup pedas

CARA
1. panaskan minyak, tumis serai dan bahan mesen.
2. Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan daging dan rempah. Kacau sebati. Masukkan gula anau.
4. Masukkan santan, selalu kacau dan kena jaga sebab mudah lekat.
5. Dekat nak kering, masukkan kerisik, dan daun kunyit.
6. Bila dah terbit minyak dan daun kunyit dan layu, tutup api dan hidangkanlah.

Rempah rendang yang Onie gunakan

Ni dia rupa rendang rempah Onie

Udang Sos Ramadan

UDANG SOS RAMADAN



UDANG SOS RAMADAN ONIE

BAHAN:
6 ekor udang besar - bersihkan, buang tahi di belakang udang
1 labu bawang besar di mayang kasar
1 cawan minyaknutk menumis
Daun sup untuk hiasan
1 batang serai titik

*untuk dimesen
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Segenggam cili kering rendam dulu
Segenggam cili api...ikut la nk pedas camane
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
2 sudu madu

#onie x buh garam sebab dah cukup masin dgn kicap

CARA
1. Panaskan minyak. Tumis serai. Masukkan bahan mesen, tumis hingga sedikit kering dan oecah minyak.
2. Masukkan sos2, bawang besar mayang kasar, udang.
3. Masak udang kira2 10 minit, jangan over cook nanti udang keras dan liat.
4. Tutup api, hidangkan dengan daun sup.



SANDWISH TELUR_ONIE

BAHAN-BAHAN Roti sandwish (Onie x suka guna gardenia sebab tebal..x sedap) butter  sapu pada roti 5 biji telur rebus  lecek kasar 2-...