Friday, May 30, 2014

AIS KRIM GORENG



Ais Kerim Goreng Onie

Bahan:

1 bungkus roti
ais kerim perisa yang disukai
minyak yang cukup banyak untuk menggoreng

CARA
1. Panaskan minyak. Sebab roti yang dah sedia, mesti digoreng dengan minyak yang panas.
2. Sediakan 2 keping roti. 1 bahagian di letakkan sedikit ais kerim.
3. Tutup dengan sekeping lagi roti.

4. Tekapkan roti dengan cawan mug atau apa2 sahaja yang bulat dan sesuai besarnya sehingga putus.
5. Keluarkan roti, goreng dengan kiraan 3 (jangan lama sangat goreng).

KARI DAGING UTARA



Kari Daging Utara Onie


Bahan:
1/2 kg daging dibersihkan dan potong ikut suka
1 peket rempah kari daging - Onie beli kat pasar Serdang dapat rempah basah
secawan santan pekat
1/2 sudu asam jawa adabi
3 biji kentang kupas dan belah baji
1 sudu kerisik
setangkai daun kari
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak untuk menumis

BAHAN A
~cili kering
~cili api secukup pedas
~10 ulas bawang merah
~6 ulas bawang putih
~1 1/2 inci halia
~1 inci lengkuas
semua bahan A~ kena mesen halus dan perap dengan daging

BAHAN B
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit halia
(semua dimayang halus)
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
sedikit kayu manis
2 batang serai ketuk




Thursday, May 29, 2014

TAT NENAS@STRAWBERY

TAT NENAS ONIE
BAHAN2NYA:
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm gula icing
250 gm butter (anchor/fern/scs)
2 biji kuning telor
JEM NENAS
JEM STRAWBERY

ACUAN

Cara membuat doh:
Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan dicampur gula ising dalam satu besen. Butter dipotong dadu kecil2 dan diramas (rub in method) dalam tepung. Setelah campuran menjadi berderai, masukkan dua telor kuning, gaul sampai rata dan uli perlahan lahan. Biarkan ia rehat selama 20 minit. Kemudian gunakan nozel yang sesuai, masukkan inti nenas. Bakar 20 minit.

RENDANG TERLAGI-LAGI


Rendang TerlagiLagi Onie

Bahan-bahan
1 kg daging - bersihkan, potong nipis, goreng dan tumbuk masa panas-panas, perap dengan 2 sudu kicap manis
2 cawan santan pekat dari 4 biji kelapa
~15 helai cili kering
~cili padi ikut suka pedas
~1 inci halia
~1 inci lengkuas
~5 biji bawang merah
~4 biji bawang putih
semua yang bertanda~ dimesen halus
10 batang serai..yg putih je dihiris halus
10 biji bawang merah di mayang halus
1/2 ketul gula anau/ gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu asam jawa adabi
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis

CARA
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang sampai garing sedikit.
2. Masukkan bahan mesen dan biarkan hingga wangi.
3. Masukkan serai dan biarkan seketika.
4. Masukkan daging sambil sediakan santan.
5. Bila nampak daging dah sebati dengan rempah tumis, masukkan santan dan biarkan sampai kering.
6. Sesuaikan rasa, gula, asam jawa dan masin.
7. Bila dah cukup pekat yang disukai, tutup api.

LONTONG SINGAPURA


Lontong Singapura Sarapan Onie

Bahan nasi impit
Beras dicuci dan ditoskan
Daun pisang
Pencungkil gigi


CARA
1. Gulungkan daun pisang dan semat hujungny dgn pencungkil gg.
2. Masukkan beras separuh bahagian daun pisang tadi.
3. Semat dan kynci hujung satu lagi dgn pencungkil gg juga.
4. Buat lagi seterusnya hingga habis.
5. Rebus terendam dalam periuk sekurang2ny 2 jam.
(Kalau nk lbh jelas cara buat nasi impit lontong ni, rujuk youtube..type saja)

(http://www.youtube.com/watch?v=5byznKSaq84) antara link untuk dirujuk.

Bahan serunding kelapa
Secawan kelapa disangrai hingga kering
1 suduteh jintan manis, jintan putih,ketumbar (serbuk pun boleh)
Sedikit cili mesen
Air asam jawa
2 btg serai hiris nipis2
Bwg merah+ bwg putih + belacan+lengkuas mesen
Garam+gula secukup rasa

CARA
1. Tumis bahan mesen dan cili boh sampai garing
2. Masukkan air asam jawa (sy masukkan asam jawa adabi xyah campur air..sikit je..kacau2kan dlm bhn tumis). Masukkan serai dan kacau lagi, biar seketika.
3. Masukkan kelapa dan goreng sampai ringan dan jd serunding. Kena kacau selalu..klo x lekat dan hangus.
4. Masuk dlm mangkuk cantik..hidangkan.

Bahan sambal
*Ikan bilis goreng
*Bwg merah+bwg putih+buah keras
*cili kering dah remdam kembang
Semua bahan * dimesen
Sedikit asam jawa
Minyak anggaran secawan

CARA
1. Tumis bahan mesen srmua hingga terbit minyak.
2. Kacau selalu. Masukkan asam jawa. Kacau sebati.
3. Buh kicap bg gantikan garam dan sedikit gula(sy buh madu).
4. Biar sambal pekat dan blh lah masukkan dlm mangkuk cantik urk hidang.

Bahan kuah lontong
Santan cair anggaran sayur2 lodeh terendam dlm periuk
Santan pekat semangkuk kecil
Bwg merah+bwg putih+lengkuas+ udang kering+buah keras dimesen semuanya
4 btg serai titik
Garam secukup rasa
Secamca kunyit serbuk
Minyak utk menumis
~ semua bahan diatas kecuali santan hendaklah ditumis hingfa garing dan naik bau.

 Bahan sayur lontong yg dicadangkn
Kacang pjg potong baji
Kobis potong kasar
Sengkuang potong btg mancis(jgn halus sngt)
Tahu kering+suon rendam dulu
Terung potong baji(sy x buh sbb ank x suka)
Timun potong baji(sy x buh pun ank x suka)
Karot potong btg mancis jgn halys sngt(sy x buh..tp klo buh lontong nmpk bseri n colorful)
Tempe n tauhu goreng potong kiub

 CARA
1. Santan cair dan sayur2an disatukan.
2, jerang atas api. Masukkan bahan tumis kuah yg tadi,
3. Masak hingga sayur seoaruh masak.
4. Masukkn santan pekat dan tauhu kering.
5. Rasakan garamnya.
6. Akhir sekali sbm tutup api, masukkan suon.

Hidangkan dgn
Telur rebus
Nasi impit
Sambal
Serunding
Kuah lontong


SELAMAT MENCUBA 

SOTO AYAM

Soto Ayam Onie

Bahan:
Nasi impit yang cukup (prepare sehari sbm buat sup soto)
Pergedil
Rempah soto
1sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 btg kulit kayu mnais
2 kuntum bunga lawan
3 biji buah pelaga
(Semua di sangrai dan ditumbuk, masukkan dan bujutkan dalm kain muslin)
- atau beli je rempah ready made soto ayam dri onie..heheheh...
3 inci halia - tumbuk sikit
2 inci lengkuas - tumbuk sikit
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 kiub pati ayam
Garam secukup rsa
2 btg serai - tumbuk sikit
Bahan tumis : 4 bji bawang merah dan 2 biji bawng putih.
Minyak untuk menumis
1/2 ekor ayam
Taugeh dicelur
Daun sup dimyang
Sedikit bawang grg
Suon - digrg
Kacang tanah - digrg
1.5 liter air
Kicap pedas - blender kicap dgn cili api
CARA
1. Rebus ayam dalam 1.5 liter air 20 minit. Keluarkan ayam, sejukkan dan siat2 halus. Ketepikn.
2. Dalam rebusan ayam tadi masukkan halia, lengkuas, serai, dan bahan rempah. (Kalau rempah soto, hanya cairkan dgn air, masukkan dlm periuk.
3. Tumis bawng hingga wangi dalam kuali lain, masukkan dalamnperiuk sup dengan minyak sekali.
4. Sambil tu, gorengla kacang....suon...stimkan toge. Dan hidang dalam pinggan yg sesuai.
5. Goreng pergedil. Celup pergedil dgn telur dan goreng hingga perang.
6. Tulang ayam selepas dihiris, masukkan dalam periuk sup, renih sup.
7. Hidang soto dengan kicap pedas dan nasi impit...mmg sedapppppp!
PERGEDIL
5 biji kentang
1/4 kg daging 
Semuanya direbus sampai masak dn empuk, lepas tu kentang ditumbuk, daging diblender.
Campur dgn, 1 cawan bwg goreng, 1/2 cawang daun sup, 1 sudu serbuk pala, 1 sudu kecil garam, gaul dgn kentang dan daging.
Kepalkan dan penyetkan dia, goreng celup dgn telur.

ROTI CANAI


Roti Canai Onie

Bahan-bahan:
500gm tepung superfine
250ml air
1 biji telur
1 sudu majarin
1/2 horlicks
1/2 sudu garam
1 sudu susu pekat
Minyak yg cukup
Masa yg cukup...o_O
Cara:
1. Masukkan tepung dalam bekas yg sesuai. Buat lubang tengah tepung dan pecahkan telur.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan majerin dan gaul sebati lagi.
4.  Air dicampur dgn horlicks, susu dan garam.
5. Gaul hingga jadi doh..kalau macam keras je, tambah air sikit2 je.
6. Bahagikan kpd bebola kecil. Rahatkan dan lumur dgn majerin atas bebola tu, biarkan.
7. Tutup bekas dgn kain lembasb daan rhtkan 1@2jam.
8. Lepas cukup tempoh rehat, uli lagi satu persatu bebola tu.
9. Rehatkan lagi dan 'mandikan' dgn minyak.
10. Cukup tempoh, goreng roti ni...kalau tatau tebar, jgn susah hati...tarik-tarik je hingga nipis.
11. Goreng.....hidangkan!

SANDWISH TELUR_ONIE

BAHAN-BAHAN Roti sandwish (Onie x suka guna gardenia sebab tebal..x sedap) butter  sapu pada roti 5 biji telur rebus  lecek kasar 2-...